14 Mac 2012

Di Matteo tetap optimis chelsea menang lawan Napoli

Maruah kelab England bakal ditentukan menerusi pertembungan kedua pusingan kedua Liga Juara-Juara antara Chelsea dan Napoli di Stamford Bridge awal pagi esok.

Sekiranya Chelsea tewas kepada Napoli yang mengalahkan The Blues 3-1 pada aksi pertama lalu, sejarah kembali berulang apabila buat pertama kali tiada wakil England pada suku akhir sejak 16 tahun lalu.

Selepas menyaksikan Manchester United dan Manchester City tersingkir pada peringkat kumpulan, manakala Arsenal tewas kepada AC Milan pada minggu lalu, harapan selaku wakil tunggal England kini dipikul Chelsea.

Meskipun baru sahaja memecat Andre Villas-Boas, namun The Blues masih menunjukkan peningkatan apabila menewaskan Birmingham City 2-0 pada aksi Piala FA, diikuti kemenangan 1-0 ke atas Stoke City minggu lalu.

Begitupun, pengendali sementara Chelsea, Roberto Di Matteo tetap khuatir dengan ancaman Napoli yang cukup efektif dari segi gerakan serangan balas.

"Secara jelas, kami harus seimbang pada perlawanan tersebut. Mereka (Napoli) merupakan sebuah pasukan hebat dan memiliki jentera serangan yang begitu bagus.

"Tetapi kami tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka dan cuba memadamkan defisit gol mereka di Stamford Bridge," katanya.

Bagaimanapun, Di Matteo enggan mengulas lebih lanjut tentang peluang The Blues untuk mara ke peringkat suku akhir.

"Terpulang kepada kamu untuk menilai (situasi Chelsea) dan berapa peratus peluang untuk kami memenangi perlawanan tersebut.

"Kami masih memiliki keyakinan untuk mencatatkan kemenangan dan kami akan berjuang habis-habisan untuk memasti- kan perkara tersebut menjadi kenyataan."[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...