Pengendali sementara Chelsea, Roberto Di Matteo berazam untuk membantu Fernando Torres mengembalikan prestasinya musim ini.
Bekas penyerang Liverpool bernilai £50 juta (RM237 juta) itu mengalami 'kemarau' jaringan sejak lima bulan lalu selepas gagal mempamerkan aksi yang lebih positif bersama skuad The Blues.
Sebelum ini, pemain legenda Newcastle United, Alan Shearer mendesak supaya penyerang Sepanyol itu meninggalkan Stamford Bridge.
Namun, Matteo ternyata tidak bersetuju dengan pandangan Shearer.
Beliau menegaskan, Torres masih dianggap sebagai pemain penting dalam perancangan Chelsea.
"Saya sanggup menunggu sekalipun ia mengambil masa yang lama (untuk menyaksikan kebangkitan Torres).
"Tidak kisah sama ada Torres ataupun pemain-pemain lain yang menjaringkan gol dan kami dapat mencatat kemenangan, ia sudah cukup buat saya gembira.
"Malah, jika (penjaga gawang) Petr Cech yang menjaringkan gol, saya tetap gembira. Jika kamu bekerja keras setiap kali beraksi di atas padang, sudah tentu ia (jaringan Torres) akan kembali.
"Keyakinan saya terhadap Torres adalah 200 peratus. Kami berdiri sebagai satu skuad dan setiap pemain adalah penting buat pasukan ini.
"Saya akan mengambil kesempatan untuk menggunakan setiap kebolehan pemain serta memilih individu yang berhak berada dalam skuad utama Chelsea menjelang perlawanan akan datang.
"Chelsea memiliki 20 pemain kebangsaan. Jadi, ada pemain kebangsaan ini beraksi bersama skuad utama mahupun di bangku simpanan," ujarnya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan