Frank Lampard menganggap kegagalan Andre Villas-Boas di Chelsea adalah kerana pengurus itu terlalu memberi perhatian kepada rancangan masa panjang Chelsea sehinggakan mengabaikan kedudukan pasukan ketika ini.
Villas-Boas dipecat awal bulan ini berikutan kemerosotan prestasi kelab itu dan hubungan dingin dengan beberapa pemain senior juga turut menyumbang kepada kejatuhannya.
Sebagai salah seorang pemain paling tua yang kehilangan tempat dalam kesebelasan utama secara automatik apabila Villas-Boas dilihat mahu membentuk semula pasukan dengan Lampard secara terbuka mengakui tidak senang dengan tindakan pengendali dari Portugal itu.
Dan pemain berusia 33 tahun itu berkata: “Rancangannya adalah untuk jangka masa panjang. Namun dalam masa yang sama pasukan gagal mendapat keputusan baik dan dari situlah masalah berlaku.
“Untuk berlaku adil kepada AVB, keputusan ini diputuskan oleh pihak kelab dan kami perlu maju ke depan dan berubah. Namun anda tidak boleh mengabaikan kedudukan kelab semata-mata memberi tumpuan kepada rancangan masa panjang.
Lampard mengakui dia memberitahu Villas-Boas pendapatnya mengenai keputusan itu dengan berkata: “Saya bukannya tidak menghormatinya. Saya cuma memberitahu bahawa saya sepatutnya bermain.
” Dia menambah: “Saya memberitahu apa yang saya rasakan dan beliau menerima dengan baik. Kenyataan bahawa kami tidak boleh berbincang bersama adalah tidak benar.” Lampard turut mendedahkan dia menghantar mesej kepada Villas-Boas selepas dipecat dan pengurus itu membalas mesejnya.
“Beliau berterima kasih kepada saya kerana menjadi pemain profesional dan saya amat menghargai kata-katanya itu,” kata Lampard.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan