27 Mac 2012

Chelsea korek rahsia Benfica dari Ramires, Luiz

Pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mahu bekas pemain Benfica yang kini berada dalam pasukannya memberikan sedikit maklumat mengenai kelab Portugal itu menjelang pertembungan suku akhir pertama Liga Juara-Juara, esok.


Terdapat dua pemain yang dimaksudkan, David Luiz dan Ramires, yang pernah bermain di Benfica sebelum menyertai Chelsea.

''Mereka gembira dapat kembali ke sana dan mahu membantu Chelsea. Mereka tahu suasana dan corak permainan Benfica.''Saya masih ingat lagi situasi yang sama ketika menentang Lazio. Saya boleh memberikan banyak maklumat kepada rakan sepasukan.

''Saya cukup mengetahui mengenai Benfica. Saya selalu menyaksikan aksi mereka dan tahu banyak maklumat tentang mereka," kata Matteo.

Di Matteo bagaimanapun enggan memberi komen ketika ditanya, apakah dia turut mendapatkan pandangan daripada bekas bosnya, Andre Villas-Boas yang pernah membimbing Porto dalam liga Portugal.

''Saya mahu berahsia tentang perkara itu kerana ia sesuatu yang sulit untuk diperkatakan,'' ujarnya.
Dengan Barcelona atau AC Milan bakal menanti di separuh akhir jika mereka mampu melepasi cabaran Benfica, tidak ramai yang meletakkan harapan kepada Chelsea untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan dengan muncul juara Eropah musim ini. 

Di Matteo bagaimanapun bersedia membuktikan segala pandangan yang diberikan terhadap pasukannya adalah salah, sambil mengingatkan bahawa kebangkitan mereka menyingkirkan Napoli melalui kemenangan 4-1 perlu diberi perhatian.

''Kami berusaha keras untuk membuktikan segala tanggapan orang ramai mengenai kami adalah salah.
''Pengalaman sentiasa membantu kami. Jika anda selalu merasai suasana perlawanan seperti ini dalam beberapa tahun lalu, ia akan membantu," katanya.

Begitupun, Di Matteo mengakui, Chelsea tidak boleh melepaskan dua defisit gol seperti yang berlaku di pusingan kedua apabila mereka kalah 1-3 pada peringkat pertama.

''Kalau boleh, anda mahukan gol di tempat lawan kerana kami hanya mengundang masalah jika mengulangi apa yang berlaku di pusingan kedua," katanya.

Sementara itu jurulatih Benfica, Jorge Jesus yakin mereka mampu memberi masalah kepada pertahanan Chelsea dengan penyerang Paraguay, Oscar Cardozo dan pemain veteran Argentina, Pablo Aimar mengetuai jentera serangan. 

''Kami telah buktikan yang kami sentiasa bermain dengan cemerlang apabila berdepan kelab England, kami telah menyingkirkan Manchester United. Kami sangat arif dengan kekuatan empat pemain Chelsea,'' kata Jesus, merujuk kepada Luiz, Ramires, Paulo Ferreira dan penjaga gol, Hilario

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...