10 Mac 2012

Guardiola Tidak mungkin ke chelsea

Pep Guardiola akan menolak sebarang tawaran yang datang daripada Chelsea untuk menjadikannya sebagai pengurus baru mereka. 

Pemilik Chelsea yang juga jutawan minyak Rusia, Roman Abramovich sebelum ini mengenal pasti jurulatih Barcelona itu sebagai calon utama untuk menggantikan Andre Villas-Boas yang dipecat, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, Guardiola memberitahu rakan-rakan rapatnya, beliau tidak berminat untuk berpindah ke Stamford Bridge, sekalipun pengendali dari Sepanyol itu masih melengah-lengahkan kontrak di Nou Camp.

Guardiola, 41, hanya tergelak ketika ditanya tentang berita yang mengaitkannya dengan skuad Blues sejak awal minggu ini. 

Bagaimanapun, secara senyap, beliau telah mengadakan perbincangan dengan barisan jurulatihnya sama ada ia adalah tindakan yang baik untuk pergi ke London. 

Abramovich memecat Villas-Boas, Ahad lalu hanya lapan bulan selepas jurulatih itu memulakan kontrak tiga tahunnya di Chelsea.

Tempatnya kini digantikan sementara oleh pembantunya, Roberto Di Matteo hingga musim panas ini.Ketika suasana dalam kem Chelsea masih tidak menentu gara-gara pemecatan Villas-Boas, satu-satunya berita yang boleh menceriakan pemain mereka adakah kepulangan semula ketua pasukan, John Terry untuk pertemuan Liga Perdana menentang Stoke City hari ini selepas diketepikan enam minggu kerana kec ederaan lutut.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...