Roberto Di Matteo tetap dilihat bukan calon sesuai untuk menjadi jurulatih tetap Chelsea tetapi terdapat tanda tanya mengenai jawatan tersebut selepas melihat transformasi yang dilakukannya ketika menjadi jurulatih sementara.
Chelsea, yang berada di bawah Di Matteo berjaya ke separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspurs.Lebih membanggakan skuad Blues sudah sebelah kaki ke saingan separuh akhir Liga Juara-Juara selepas menang 1-0 ke atas Benfica.
Jika mampu mengekalkan prestasi s menewaskan Aston Villa di Villa Park, mereka akan memperkuatkan lagi usaha untuk menduduki kedudukan empat teratas liga, seterusnya membuktikan prestasi mereka yang semakin meningkat menuju penghujung musim.
Lima mata dibezakan di antara skuad Di Matteo dengan pasukan yang menduduki tempat keempat, Tottenham tetapi anak-anak buah Harry Redknapp bakal menentang Swansea 24 jam kemudian, kemenangan Chelsea bakal memberikan tekanan kepada mereka.
Di Matteo membuktikan dia semakin cekap untuk menguruskan skuadnya, termasuk berjaya mempertingkatkan tahap permainan Fernando Torres dan David Luiz.
Ketika Didier Drogba, Frank Lampard dan Michael Essien diketepikan dalam kesebelasan utama di Lisbon, jurulatih sementara itu harus berhati-hati supaya tidak mengenepikan pemain senior seperti yang dilakukan oleh jurulatih sebelum ini, Andre Villas-Boas.
"Ia bukannya mudah tetapi kami masih lagi bernyawa dan cuba untuk bertarung sebaik mungkin dalam saingan Liga Juara-Juara dan Piala FA."Kami akan cuba mengakhiri saingan liga di kedudukan tempat ketiga atau keempat, kami akan bermati-matian untuk kedudukan tersebut.
"Semua pemain terlibat dalam objektif ini iaitu saingan Piala FA, Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris."Kami mempunyai banyak perlawanan setiap minggu dan saya rasa ia adalah keputusan yang tepat untuk melakukan sistem giliran," kata Juan Mata.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan