Roberto Di Matteo meminta pemainnya melupakan masa lampau Chelsea dengan menegaskan skuadnya perlu mempamerkan mentaliti kemenangan yang lebih kuat.
Skuad kendalian Di Matteo mencatat kemenangan 1-0 ke atas Stoke yang beraksi dengan 10 pemain bagi aksi pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris sejak memangku jawatan itu berikutan pemecatan Andre Villas-Boas.
Villas-Boas mengekalkan kepentingan permainan bergaya ketika lapan bulan membimbing kelab itu.
Namun Di Matteo mengakui sukar untuk melakar kemenangan ke atas Stoke, yang hadir menerusi gol ke-100 Didier Drogba dalam Liga Perdana.
Beliau menegaskan Chelsea perlu mengekalkan pendekatan semasa peringkat terakhir permainan musim ini supaya mampu melonjak dalam kelompok empat teratas.
“Hari ini adalah langkah ke laluan tepat dan kadang kala anda perlu menang dengan cara ini untuk meraih tiga mata,” katanya.
“Ia bukan mudah dan kadang kala anda perlu menang dalam keadaan yang terlalu sempurna. Masih berbaki 10 perlawanan dan Tottenham mungkin bangkit merebut tempat keempat.
” Ditanya sama ada pendekatan itu menandakan perubahan haluan ditetapkan Villas-Boas, Di Matteo berkata: “Saya tidak sabar untuk mengubahnya dan menenangkan semula fikiran pemain.” Drogba menjadi penyelamat selepas Ricardo Fuller dibuang padang pada minit ke-25 kerana memijak Branislav Ivanovic.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan