Pengurus Chelsea, Andre-Villas Boas akhirnya memuji kredibiliti pemain tengahnya, Frank Lampard yang berjaya meledak gol tunggal ketika membenam Sunderland 1-0 dalam aksi Liga Perdana England malam kelmarin.Malah, pengendali kelahiran Portugal itu juga percaya Lampard mampu memecahkan rekod jaringan The Blues selepas ini.
Lampard, 33, berada di posisi terbaik apabila mudah menolak masuk gol kemenangan selepas percubaan Fernando Torres menerusi sepakan gunting menarik yang terlebih dahulu terkena palang sebelum itu.
Dia yang meledak 21 gol setakat ini hanya kurang 12 jaringan daripada legenda Chelsea, Kerry Dixon dan Bobby Tambling.
"Saya sentiasa percaya Lampard mampu melakukannya. Jumlah 12 gol bukannya jauh sangat, dan ia amat bagus buat Lampard."Lampard merupakan pemain yang bijak berada di posisi yang betul untuk menjar
ingkan gol."Bagi saya, ia bukannya satu kebetulan, dan gol itu bukan semata-mata gol nasib," kata Villas Boas.
Hubungan dingin antara Villas-Boas dan Lampard sebelum ini tercetus apabila pemain itu sering diketepikan sebelum ini, selain usaha kerasnya setiap kali diturunkan juga dilihat kurang dihargai Villas Boas.
Dalam pada itu, persembahan Torres yang menggantikan Didier Drogba yang terpaksa diketepikan kerana Kejohanan Piala Negara-Negara Afrika ketika ini juga mendapat pujian Villas Boas.
"Persembahan Torres semakin baik. Adalah sesuatu yang menarik melihat pemain sepertinya yang semakin yakin dalam perlawanan demi perlawanan.
"Meskipun tidak menjaringkan gol, saya sejujurnya gembira dengan apa yang diberikan Torres setakat ini," katanya.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan