20 Januari 2012

Cahill teruja bersama Chelsea

Pemain pertahanan tengah England, Gary Cahill berkata kelmarin, dia tidak sabar untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara bersama kelab barunya, Chelsea.Pemain berusia 26 tahun yang menyertai The Blues dari Bolton dengan yuran perpindahan bernilai 7 juta pound (RM33.5 juta), Isnin lalu, memberitahu Chelsea TV, ia merupakan satu peluang terbaik untuknya beraksi di peringkat yang lebih tinggi.

 
"Ia merupakan alasan utama mengapa anda mahu berpindah. Anda mahu bermain di peringkat tertinggi dan Liga Juara-Juara adalah saingan di tahap tertinggi.

"Saya pernah beraksi di Eropah sewaktu saya baru berpindah ke Bolton, bermain menentang (Atletico) Madrid, Sporting Lisbon, kelab-kelab seperti itu.

"Ia merupakan pengalaman baru buat saya dan saya tidak sabar untuk menguji kebolehan saya beraksi dengan pemain-pemain terbaik di dunia," kata Cahill.[Sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...