Peguam kapten bola sepak England, John Terry mungkin mengambil tindakan undang-undang selepas imej pemain itu digunakan dalam amaran pada kotak rokok di India.Gambar samar-samar itu yang menunjukkan kepala dan bahu seorang lelaki menyerupai Terry muncul pada kotak rokok Gold Flake dan jenama lain dengan gambar paru-paru yang sudah hitam berserta amaran berbunyi ‘Merokok Membunuh.’
“Ia gambar yang menyerupai dia dan Terry tidak pernah bergambar seperti itu,” kata Keith Cousins dari Agensi Pengurusan Elit yang berpejabat di Britain, menerusi telefon, semalam.
“Ia gambar yang menyerupai dia dan Terry tidak pernah bergambar seperti itu,” kata Keith Cousins dari Agensi Pengurusan Elit yang berpejabat di Britain, menerusi telefon, semalam.
“Kami tidak pasti dari mana imej itu diambil tetapi Terry tidak pernah memberi kebenaran untuk itu.“Kami sudah berunding dengan peguam di London dan India untuk menyiasat hal berkenaan dan mengambil tindakan wajar,” katanya.
Cousins juga berkata, Terry, bukan seorang perokok walaupun pernah menjadi tajuk berita sebelum ini kerana tabiatnya suka minum arak.
Akhbar Indian Express melaporkan, Direktorat Publisiti Visual menghasilkan amaran kesihatan itu yang digunakan pada bungkusan 20 batang.
Terry, 31, yang berdepan dengan tuduhan jenayah kerana dakwaan salah laku perkauman terhadap pemain QPR, Anton Ferdinand, mewakili England sebanyak 72 kali.Dia juga adalah ketua pasukan Chelsea.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan