23 Januari 2012

Villas-Boas tetap pertahan Torres

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas tidak mahu menyalahkan Fernando Torres atas kegagalan terbaru pasukannya.Penyerang Sepanyol yang dibeli dengan harga 50 juta (RM241 juta) dari Liverpool setahun lalu gagal menambah jaringan dua gol pada Liga Perdana musim ini.Chelsea seri tanpa jaringan menentang Norwich City, kelmarin namun mencipta banyak peluang menjaringkan gol.


Paling mengecewakan apabila Torres gagal menyempurnakan peluang terbaik di depan gol pada pertengahan babak kedua.

Keputusan itu menyebabkan Chelsea gagal memberi tekanan kepada tiga kelab teratas, Manchester City, Manchester United dan Tottenham yang beraksi malam tadi.

Ia turut menjejaskan peluang mereka untuk memburu tempat kelayakan Liga Juara-Juara yang kini menjadi rebutan Arsenal, Newcastle dan Liverpool.

Menerusi tayangan di televisyen jelas memperlihatkan kekecewaan Villas-Boas selepas Torres gagal menyumbat gol walaupun ia tidak seteruk ketika dia mensia-siakan peluang pada perlawanan dengan Manchester United, September lalu.

Bagaimanapun bekas pengurus Porto itu masih tenang dan menegaskan berpuas hati dengan persembahan Torres.“Dia bekerja keras dan kami gembira dengan persembahannya,” kata Villas-Boas.

“Kami tidak boleh bersikap hipokrit dan tidak mengambil kira perlawanan sebelum ini ketika aksinya menentang Sunderland mendapat pujian.

“Dia gagal menjaringkan gol tapi kami tidak hanya memberi tumpuan kepada aspek itu. “Dia mempunyai beberapa peluang terbaik, anda perlu bijak mencari ruang bagi mencipta peluang dan dia berjaya melakukannya. Dengan sedikit tuah dia akan menjaringkan gol.”[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...