Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas (AVB) yakin skuad bimbingannya mampu menamatkan cabaran musim ini sebagai kelab London terbaik.Juara Liga Perdana England 2010 itu kini ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu, Manchester City dan akan berhadapan dengan Sunderland di Stamford Bridge malam ini.Chelsea juga ketinggalan lapan mata di belakang jiran London dan pencabar terdekatnya, Tottenham Hotspurs yang berada di tangga ketiga liga.
Namun, Villa Boas ada pandangan tersendiri kerana beliau percaya kehebatan sebenar bakal menjadi milik anak-anak buahnya.
"Mereka (Tottenham) telah mengatasi Chelsea pada musim ini tetapi kami memilik sejarah hebat yang tersendiri sepanjang 10 tahun lalu.
"Selalunya pencapaian tahap permainan bola sepak yang baik akan dinilai pada pendahulu. Apabila anda di bawah teka- nan, anda mungkin tidak dapat melakukannya dengan baik dan kualiti permainan akan jatuh."Ia juga akan menjadi punca kepada kehilangan mata," kata Villas-Boas merujuk kepada nasib Spurs.
Bagaimanapun Villas-Boas berkata, kemenangan 2-0 Tottenham ke atas Everton untuk merapatkan jurang mata dengan City memang sudah dijangka.
"Tidak banyak yang berubah sebenarnya kerana kami telah menjangkakan kemenangan Tottenham pada malam itu."Manchester City tewas tiga daripada empat dan Manchester United sedang mencari jalan untuk terus konsisten. Lapan mata merupakan jarak yang anda boleh pendekkan," jelas pengurus kelahi- ran Portugal itu.
Bekas jurulatih Porto itu juga berharap kemasukan pemain pertahanan England, Gary Cahill yang bernilai £7 juta (RM28.2 juta) dapat memperbaiki kedudukan kelabnya dalam masa terdekat.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan