31 Januari 2012

De Bruyne sah milik Chelsea

Pemain tengah Genk, Kevin De Bruyne bakal melengkapkan perpindahan ke Chelsea dengan kontrak selama lima tahun setengah berjumlah £6.7 juta (RM32 juta).Bagaimanapun, De Bruyne, 20, akan kekal bersama Genk sehingga hujung musim ini sebagai pemain pinjaman.


De Bruyne menjadi pemain Belgium ketiga menyertai The Blues selepas Romelu Lukaku dan Thibaut Courtois.

Baru-baru ini, Pengurus Chelsea, Andre Villas-boas berkata, pembelian De Bruyne sebahagian daripada usaha The Blues untuk merekrut pemain muda.


“Ia bukanlah langkah terdesak, sebaliknya sudah lama menilai dan memantau pemain ini.

“Kami rasakan dia sesuai untuk kelab ini dan pembeliannya adalah untuk pelaburan jangka panjang,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...