ANDRE Villas-Boas menerima tamparan hebat selepas pemainnya mengkritik caranya menguruskan kelab tersebut.Mereka percaya bekas pengurus Porto itu mengaplikasikan taktikal yang tidak sesuai selain gagal mengendalikan pemain Liga Perdana Inggeris (EPL).Malah, beberapa pemain hilang sabar terhadap tindakan pengurus berusia 33 tahun itu yang tidak membenarkan Nicolas Anelka menyertai pemain lain meraikan parti Krismas di padang latihan.
Sebagai tanda protes, pemain menganjurkan parti buat Anelka di sebuah restoran sebagai tanda perpisahan berikutan pemain antarabangsa Perancis itu bakal meninggalkan Chelsea untuk menyertai kelab China, Shanghai Shenhua, bulan ini.
Sumber Chelsea memberitahu, pemain berasakan tindakan Villas-Boas itu sangat teruk dan remeh.“Aura beliau semakin hilang terutamanya di bilik persalinan sehingga membuatkan beberapa pemain mahu meninggalkan kelab ini,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan