Pengurus Chelsea Andre Villas-Boas yakin pasukannya boleh mengakhiri kempen musim ini sebagai kelab terbaik London.Juara Liga Perdana 2010 itu akan berdepan Sunderland di Stamford Bridge malam ini dengan kedudukan 11 mata di belakang Manchester City.Dan Chelsea juga kini ketinggalan lapan mata di belakang kelab London, Tottenham Hotspur yang kini mendahului mereka di tangga ketiga.
Penyokong Chelsea tidak menyenangi dengan prestasi pasukan yang ketinggalan di belakang kelab dari White Hart Lane namun Villas-Boas percaya walaupun skuad kendalian Harry Redknapp itu berada di prestasi terbaik ketika ini, pemain-pemainnya tetap memiliki kelebihan.
“Tottenham mengatasi Chelsea pada saingan Liga Perdana musim ini,” kata Villas-Boas. “Kedua-dua pasukan mempunyai sejarah hebat namun dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini tidak ada apa berbeza.
“Persoalan mengenai permainan terbaik selalunya diajukan kepada pasukan pendahulu. Bila anda tertekan, anda tidak beraksi dengan baik dan mungkin kualiti anda akan merosot. Ia mungkin akan menyebabkan anda kehilangan mata.
” Tottenham melonjak tiga mata di belakang City Rabu lalu dan sembilan mata di depan kelab di tangga kelima Arsenal apabila meraih kemenangan 2-0 ke atas Everton di laman sendiri namun Villas-Boas mempunyai pandangan tersendiri.
“Tidak ada banyak bezanya kerana kami sudah menjangkakan Tottenham akan menang perlawanan itu,” kata pengendali dari Portugal itu. “Manchester City tewas tiga dalam empat perlawanan dan Manchester United pula bergelut untuk mencari rentak konsisten. lapan mata bukan jumlah yang banyak untuk dikejar.”
Villas-Boas, bekas pengurus Porto berharap urusan perpindahan pemain pertahanan England, Gary Cahill dengan bayaran sebanyak 7 juta pound (RM33.6 juta) itu akan selesai dalam tempoh terdekat.
Perbincangan mengenai bayaran gaji sedang diadakan dan ada laporan menyatakan Chelsea akan menarik tawaran itu jika pemain berusia 26 tahun itu tidak mahu menandatangani kontrak secepat mungkin.
Namun Villas-Boas yang percaya perjanjian itu akan selesai berkata: “Saya yakin semua pihak akan berpuas hati.” Kehadiran Cahill bakal menyebabkan pemain Brazil, Alex yang mengemukakan perpindahan Disember lalu menyertai Queens Park Rangers.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan