5 Januari 2012

Lampard setia bersama Blues

Frank Lampard menegaskan dia masih berhasrat untuk menetap di Chelsea walaupun tidak sehaluan dengan Andre Villas-Boas.Pemain tengah England itu meledak gol pada lewat perlawanan untuk Chelsea menang 2-1 ke atas Wolves pada Isnin, namun sumbangannya langsung tidak dihargai Villas-Boas.Lampard, 33, bagaimanapun berazam untuk membuktikan dia masih mampu memainkan peranan penting di kelab dan berkata, Chelsea tidak boleh berputus asa dalam impian meraih kejuaraan.


"Saya sentiasa komited kepada Chelsea kerana ia adalah kelab kesayangan saya dan saya suka bermain untuk mereka."Saya sentiasa berkeinginan untuk beraksi sepanjang 90 minit. 

Adalah lebih mudah untuk saya bermula dalam kesebelasan utama secara kerap, kerana ia membantu saya mendapat rentak.

"Apabila saya beraksi, saya merasakan diri saya mampu menghasilkan sesuatu, seperti yang dilakukan di Wolves."Namun Villas Boas ialah bos dan dia berkuasa memilih pasukan," ujarnya.

Villas Boas menjelaskan niatnya untuk melakukan rombakan besar-besaran skuad Chelsea yang semakin dimamah usia. Kelemahan itu menjurus kepada kegagalan mereka menempatkan diri sebagai pencabar utama kejuaraan Liga Perdana musim ini.

Namun, Lampard melaungkan amaran bahawa adalah langkah yang kurang bijak untuk 'warga emas' Chelsea disingkirkan.Dia menegaskan pengalaman mereka boleh membantu Blues menamatkan musim ini pada kelompok teratas.

"Tidak kira sama ada kita merombak pasukan atau tidak, kita masih memerlukan segelintir pemain berpengaruh yang membentuk tunjang pasukan ini sejak tujuh tahun lalu," katanya [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...