Penolong pengurus Chelsea, Roberto Di Matteo mengaku Piala FA memberikan peluang terbaik buat kelab itu memenangi trofi musim ini.Di Matteo yang memenangi kejuaraan itu dua kali ketika menyarung jersi Chelsea berkata, pengurus kelab, Andre Villas-Boas akan menurunkan kesebelasan terbaik untuk menentang Portsmouth malam ini.
Beliau enggan putus asa daripada mengharapkan gelaran Liga Perdana Inggeris dan Liga Juara-Juara tetapi selepas harapan Blues itu diranapkan pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, beliau mengaku peluang tetap ada buat kelab itu mara dalam Piala FA.
“Pada masa ini, mungkin Piala FA adalah peluang terbaik,” katanya. “Namun kami masih bersaing dalam Liga Juara-Juara, tidak seperti pasukan Inggeris yang lain dan kami berada dalam kedudukan lebih baik dalam liga ini berbanding musim lalu.
“Kami akan menurunkan barisan terkuat berdasarkan tahap kecergasan pemain.” Kehadiran Januari turut membawa pelbagai spekulasi perpindahan pemain ke Stamford Bridge dengan proses perpindahan Gary Cahill ke Chelsea hampir selesai.
Frank Lampard pula dilapor menarik minat Manchester United tetapi Di Matteo mendakwa terlalu tipis untuk pemain tengah itu meninggalkan Chelsea.
Sementara itu kapten Portsmouth, Liam Lawrence mendakwa ia saat terbaik untuk menentang Chelsea, selepas mereka meraih keputusan tidak menentu sepanjang musim perayaan.
Chelsea tewas perlawanan di laman sendiri baru-baru ini, 1-3 kepada Aston Villa sebelum menewaskan Wolves di tempat lawan. -[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan