17 Januari 2012

Redknapp tak mahu Torres

Pengurus Tottenham, Harry Redknapp menafikan khabar angin beliau mempertimbangkan untuk mendapatkan khidmat Fernando Torres sebagai pertukaran dengan Luka Modric.Usaha Chelsea mendapatkan Modric pada musim panas lalu tidak berjaya tapi Blues masih dikaitkan dengan bintang Croatia itu.Redknapp yang menegaskan ingin Modric kekal di Spurs untuk jangka masa lama kini didakwa berminat mendapatkan Torres.


Bagaimanapun, Redknapp menafikan sebarang persetujuan dengan bintang Sepanyol itu sambil menegaskan, lebih senang melihat Torres mengecapi prestasi terbaiknya di Chelsea.

Torres gagal mempamerkan aksi terbaik sejak berpindah ke Stamford Bridge tapi Redknapp tidak menunjukkan tanda-tanda ingin membeli pemain itu.

“Tidak, saya tidak pernah mengusulkan perkara itu,” katanya ketika ditanya kemungkinan pertukaran antara Torres dan Modric.

“Saya rasa Torres sudah mula mempamerkan aksi terbaik setaraf pada zamannya bersama Liverpool. Dia seorang pemain yang bagus dan kemampuannya tidak boleh diragui.

“Tapi tidak mungkin dia akan berpindah ke Tottenham dan tiada perbincangan untuk menukarnya dengan Modric. Saya rasa Chelsea akan memperoleh pulangan berbaloi daripada Torres.” Redknapp masih berharap Modric akan menyambung kontrak baru bersama Spurs.

“Saya tidak tahu tahap perbincangan tapi harap pengerusi akan mencapai persetujuan dan Modric menandatangani kontrak baru,” katanya.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...