Pengurus Chelsea, Andre Villas- Boas mendedahkan, beliau akan mendapatkan dua pemain baharu pada minggu depan.Bagaimanapun, Villas- Boas berkata, skuad The Blues tidak akan berbelanja besar sepanjang pintu perpindahan pemain dibuka bulan ini.Ketika ini, Chelsea telah melamarkan tonggak pertahanan Bolton Wanderers, Gary Cahill tetapi proses rundingan masih lagi berjalan ekoran terma-terma peribadi bintang England itu yang belum dilengkapi.
Villas-Boas berkata: "Selain pemain pertahanan tengah, kami mungkin akan mendapatkan seorang pemain baharu tetapi masih belum pasti lagi."Ia sentiasa sukar.
Pemain hebat biasanya akan beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara atau liga domestik yang berbeza (negara) dan kelab kebiasaannya sukar untuk menjual pemain bintang mereka.
"Sesuatu yang normal jika kamu sukar untuk membeli pemain-pemain yang kamu idamkan ketika pintu perpindahan pemain dibuka."Kebiasaannya kamu akan sanggup meningkatkan harga bidaan yang begitu tinggi dan itulah sebab kami tidak akan melakukannya.
"Sebab itu, kami telah menetapkan untuk tidak menawarkan harga yang tinggi di dalam perpindahan."Terdahulu, Chelsea berjaya mengalahkan Portsmouth 4-0 pada pusingan ketiga Piala FA kelmarin.
Mereka bakal berdepan Queens Park Rangers pada pusingan keempat kerana pasukan itu dianggap pilihan untuk mengalahkan Milton Keynes Dons pada perlawanan ulangan pusingan ketiga minggu depan.[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan