PENGURUS baru Chelsea, Andre Villas-Boas berjanji akan menurunkan kesemua pemain bintangnya pada perlawanan persahabatan dengan skuad pilihan Malaysia, Khamis ini, sekali gus menyajikan satu lagi aksi menarik kelab Liga Perdana Inggeris selepas Arsenal dan Liverpool minggu lalu.Pengendali kelahiran Portugal itu tiba di Kuala Lumpur semalam bersama skuad 26 pemain, antaranya penyerang, Fernando Torres, Nicolas Anelka, pemain tengah Frank Lampard dan kapten John Terry.
Villas-Boas yang berusia 33 tahun - sebaya dengan Lampard nyata amat gembira dapat bersama skuad the Blues ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011 meskipun kelabnya ketika ini turut sibuk dengan urusan jual beli pemain sebelum jendela perpindahan pemain berakhir 31 Ogos ini.“Kami gembira dapat berkongsi pengalaman dengan anda di sini. Jelajah ini penting untuk kami menjaga pasaran di Asia kerana kami memiliki ramai peminat di Asia.
“Ia bukan sesuatu yang baru buat pasukan ternama Eropah mengadakan jelajah ke luar negara, bukan saja untuk menghargai sokongan peminat di luar sebaliknya untuk kami berkumpul bersama. Tempoh 15 hari Jelajah Asia ini penting untuk kami tidak kira anda pergi ke Asia, Eropah atau Amerika, ia tetap penting untuk mendekati peminat yang memberi sokongan padu kepada anda,” katanya yang ditemui pada sidang media Jelajah Asia Chelsea 2011.Turut hadir pada majlis itu, jurulatih skuad Olimpik negara Ong Kim Swee yang diberi tanggung jawab mengendalikan skuad pilihan Malaysia, Lampard dan Branislav Ivanovic.
Sebelum memulakan Jelajah Asia mereka, the Blues, juara empat kali liga dan menamatkan kempen musim lalu di tangga kedua terlebih dulu diuji dalam perlawanan persahabatan pra musim dengan menewaskan Portsmouth 1-0 Sabtu lalu.Dan bagi perlawanan dengan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Villas-Boas yang mengambil alih tempat Carlo Ancelotti tanpa berselindung menyatakan akan menggunakan strategi sama dengan menurunkan dua pasukan yang berbeza pada setiap babak.
“Kami akan terus menggunakan pendekatan sama seperti dalam perlawanan pertama dengan menurunkan dua pasukan berbeza untuk setiap 45 minit permainan seperti yang kami gunakan ketika menentang Wycombe dan Portsmouth.“Kami cuba untuk membentuk corak permainan baru dan mengumpul semua idea. Saya berharap pada 7 Ogos ini, kami sudah bersedia untuk menentang Stoke City (perlawanan pertama liga),” kata bekas jurulatih Porto itu.
Sebelum ini Chelsea bertandang ke Kuala Lumpur pada 2003 bagi Piala Barclays Asia 2003 dan Jelajah Asia 2008. The Blues menang kedua-dua pertemuan, menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-1 dan 2-0.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan