13 Julai 2011

Chelsea tingkat bidaan

Chelsea sudah meningkatkan bidaan untuk mendapatkan pemain tengah Tottenham Hotspur, Luka Modric kepada 27 juta (RM129.6 juta).Naib juara Liga Perdana musim lalu itu sememangnya dijangka akan meningkatkan tawaran buat pemain antarabangsa Croatia itu sejak gagal dengan bidaan bernilai 22 juta (RM105.6 juta) pertengahan bulan lalu.


Chelsea yang kini di bawah kendalian Andre Villas-Boas membuat tawaran terbaru dengan tambahan 5 juta (RM24 juta) selepas dijangka kehilangan Michael Essien untuk sekurang-kurangnya enam bulan berikutan pembedahan lutut.Modric menyatakan sebelum ini dia mungkin meminta untuk berpindah ke Stamford Bridge namun pengerusi Tottenham, Daniel Levy tegas menyatakan pemain yang dibeli dari Dynamo Zagreb pada 2008 itu bukan untuk dijual.

Kemungkinan besar tawaran 27 juta (RM129.6 juta) itu akan diterima selepas sebelum ini pengurus Spurs, Harry Redknapp menyifatkan tawaran awal 22 juta (RM105.6 juta) sebagai “satu jenaka”.Redknapp bagaimanapun mengaku Levy yang membuat keputusan akhir berhubung penghijrahan pemain kelab itu dan bos White Hart Lane itu sedar perlu menjual pemain bagi membeli pemain baru selepas gagal layak ke Liga Juara-Juara.




Ada spekulasi mengatakan pemain Lyon dari Bosnia, Miralem Pjanic yang dianggarkan berharga 9 juta (RM43.2 juta) dianggap sebagai pengganti utama Modric namun minggu lalu, Tottenham turut dilaporkan bersedia menawarkan kontrak baru kepada Modric selama lima tahun dengan bayaran 80,000
(RM384,223) seminggu.Perjanjian itu menjadikan pemain berusia 25 tahun itu bintang menerima bayaran tertinggi di Tottenham namun ancaman untuk berpindah oleh pemain itu bermakna mustahil dia kekal di White Hart Lane pada musim depan[Metro]

ArulchelseA-Bagi je la nak simpan2 lagi buat apa..

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...