Mereka akan menamatkan kempen jelajah Asia dengan beraksi dua perlawanan pada saingan yang membabitkan empat pasukan di Hong Kong.Kelab London itu tiba semalam sementara Blackburn dan Aston Villa dijangka hadir pada minggu ini. Juara Hong Kong, Kitchee melengkapkan empat pasukan yang
bertanding.Empat tahun lalu, Villas-Boas pernah bersama Chelsea disaingan sama sebagai pengintip dengan menggunakan pentas itu sebagai persiapan menghadapi Portsmouth dan Liverpool pada saingan Liga Perdana Inggeris.Kali ini, bekas pengurus Porto itu akan mengemudi kelab itu sepanjang musim depan dengan memikirkan bagaimana untuk merapatkan jurang dengan Manchester United yang memenangi gelaran liga musim lalu menerusi kelebihan sembilan mata.
.Pengurus berusia 33 tahun itu pasti akan menjadi perhatian selepas berhijrah ke Chelsea pada musim panas lalu dengan nilai 13.3 juta (RM64.3j) sekali gus menjadikan beliau sebagai pengurus termahal.“Kembali ke Asia amat penting bagi kami,” kata Villas-Boas.
“Ia merapatkan hubungan kami dengan peminat di Asia yang mengikuti aksi kami dari jauh. Amat penting bagi mereka memahami betapa kami amat menghargai sokongan mereka,” katanya.Kesemua 26 pemain dijangka akan diberi peluang untuk turun beraksi selepas Villas-Boas memasukkan dua skuad berbeza di separuh masa pertama dan kedua ketika bertemu Malaysia yang menyaksikan Chelsea menang 1-0 hasil jaringan yang diragui.[sumber]
ArulchelseA-Harap menang trofi petama chelsea
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan