SEMANGAT Chelsea yang mengalir dalam darahnya serta dianggap wira sejati di kalangan peminat menjadikan John Terry (gambar) kapten Chelsea paling berjaya dalam sejarah kelab itu dan ramai menganggap dia pertahanan tengah paling berjaya pada masa ini.Menerusi kehebatannya membaca rentak permainan, penguasaan teknik yang hebat dan aksi seimbang menjadikannya lebih daripada sekadar seorang pertahanan.Terry yang dilahirkan di London, menyertai Chelsea sejak berusia 14 tahun dan pemain yang bertubuh kecil ketika itu memegang posisi tengah.
Selepas menyertai bek tengah skuad remaja pada satu hari, akibat kekurangan pilihan, dia tidak menoleh lagi apatah lagi dibantu dengan keadaan fizikalnya yang semakin membesar.Tempoh pinjaman bersama Nottingham Forest untuk jangka masa pendek tetapi berjaya, membantu proses kematangannya dan selepas bergandingan dengan pemain seperti Marcel Desailly dan Frank Leboeuf, dia terpilih sebagai Pemain Terbaik Tahunan Chelsea, dua musim selepas mula bersama pasukan itu.
Dia mengambil alih gelaran kapten daripada Desailly pada 2004 dan membawa kelab itu meraih kejayaan pada tahun pertama dia menyarung ikat lengan itu.Malah kejayaannya menjulang Piala Liga, menjadikan Terry sebagai seorang daripada empat kapten Chelsea meraih penghormatan tertinggi dan memainkan peranan penting pada musim 2004/05 dengan aksi bertaraf dunia dengan empat gol penting.Dia dipilih sebagai Pemain Tahunan PFA di kalangan pemain profesional, iaitu pemain Chelsea pertama memenangi anugerah itu.
Prestasi konsisten Terry berterusan pada musim 2005/06 sehinggalah kecederaan pada minggu akhir mencacatkan peluang untuk beraksi sepenuhnya musim itu dan menjulang trofi itu buat kali kedua.Dia menjaringkan tujuh gol dalam semua kejohanan dan terpilih sebagai Pemain Tahunan Chelsea buat tahun kedua.Biarpun membuat lebih 300 penampilan kelab, musim 2006/07 bagaimanapun dicemari kecederaan berpanjangan dengan masalah tulang belakang yang mengambil masa untuk kembali pulih.
Dia kemudiannya kembali dan berjuang untuk menjulang Piala FA di stadium baru Wembley.Masalah kecederaan mengehadkan penampilannya kepada hanya 37 berbanding 62 pada musim 2007/08, membabitkan kecederaan lutut, pipi, kaki dan siku dan pernah dianggap bekas pengurus Avram Grant sebagai bionik tetapi masih memberi arahan di Moscow ketika Chelsea beraksi buat pertama kali di final Liga Juara-Juara.
Terry segera bangkit pada musim 2008/09 untuk memimpin pasukan dalam era baru di bawah kendalian Luiz Felipe Scolari dan Guus Hiddink, tetapi prestasinya masih tidak terjejas.Aksi terhebatnya dalam kempen itu ialah permainan sempurna di Camp Nou, mencatat seri tanpa jaringan dengan menyekat Barcelona yang tidak pernah ketandusan jaringan sepanjang musim itu.Biarpun ketinggalan dalam perlumbaan merebut gelaran liga pada awal Februari, Terry masih mampu menjulang kejuaraan apabila menjadi kapten pasukan yang menjuarai Piala FA buat kali kedua.
Musim 2009/10 menjadi satu lagi musim konsisten buat Terry apabila menjadi kapten Chelsea pertama menjulang gelaran berganda.Kekalahan di Eastlands, Disember 2009 cukup melukakan begitu juga dengan kesilapan yang membolehkan Everton seri di Stamford Bridge seminggu kemudian diikuti pendedahan masalah peribadinya dan prestasinya, Januari 2010.
Selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris ketiga, dia turut mengulanginya
dengan Piala FA selepas kecederaan metatarsal yang dialaminya sembuh dan hampir menjaringkan gol menerusi tandukan ke palang.Musim keduanya bersama Carlo Ancelotti mencerminkan prestasi Chelsea yang menjunam yang bermula November lalu dan berterusan hingga ke tahun baru, biarpun prestasi Terry dikatakan tidak terjejas.
Kecederaan saraf menyebabkannya tidak beraksi November lalu, selain kepincangan pertahanan dikesan ketika menentang Sunderland tetapi Chelsea masih boleh berbangga dengan rekod pertahanan menjelang sepertiga terakhir musim ini dan Terry juga mempunyai sebab untuk berbuat demikian.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan