18 Julai 2011

Chelsea terus menanti modric

Pengurus Chelsea, Andre Villas-Boas memberi amaran kepada Tottenham Hotspur bahawa dia akan terus menanti sehingga detik terakhir musim perpindahan bagi menandatangani Luka Modric.Terdahulu, Villas-Boas telah menyaksikan dua bidaannya melepasi nilai £20 juta (RM97 juta) ditolak oleh Tottenham yang bertegas mahu menyimpan Modric.


Namun, pemain tengah Croatia itu begitu teruja untuk berhijrah ke Stamford Bridge dan dia dikatakan sedia membuat permohonan bertulis untuk berpindah.Modric menuntut janji Pengerusi Tottenham, Daniel Levy yang pernah berkata, bahawa pemain itu akan dilepaskan jika terdapat kelab besar hadir membuat tawaran.
Modric tidak menyertai aksi pra musim Tottenham menentang Kaiser Chiefs di Afrika Selatan pada Sabtu lalu kerana dilaporkan masih cedera dan tidak mustahil isu perpindahannya akan terus diperkatakan sehingga tarikh akhir pada 31 Ogos depan.

Menurut Villas-Boas, dia telah membuat langkah alternatif untuk mendapatkan pemain West Ham, Scott Parker atau pemain FC Porto, Joao Moutinho jika menemui kegagalan mendapatkan Modric."Modric beraksi di posisi yang menjadi keutamaan kami untuk diperkuatkan. Jika ia dapat direalisasikan, ia sesuatu yang bagus dan jika tidak, kami terpaksa menerimanya."Saya tidak mempunyai hak. Ia terpulang kepada Tottenham untuk mempertahankan pemain dan aset mereka. Kami hanya boleh tunggu dan lihat.

"Kami menghormati apa jua keputusan Tottenham tetapi harga yang kami tawarkan ini sebenarnya sudah cukup luar biasa," kata Villas-Boas selepas menyaksikan pasukannya menewaskan Portsmouth 1-0 pada aksi pra musim malam kelmarin.Selain itu, usaha mendapatkan Parker dilihat lebih sebagai menggantikan tempat Michael Essien yang terpaksa diketepikan selama enam bulan akibat kecederaan lutut.

Chelsea tiba di Kuala Lumpur tengah hari ini untuk Siri Jelajah Asia 2011 termasuk mengadakan perlawanan menentang skuad Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis ini.[kosmo]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...