20 Julai 2011

Tekad Lampard

TIGA kali Frank Lampard ke Malaysia bersama kelab gergasi Inggeris Chelsea, pemain tengah itu hadir dengan pengurus berbeza.Dalam tempoh sembilan tahun sejak 2003, bintang England itu tampil dengan Claudio Ranieri, Luiz Felipe Scolari (2008) dan terbaru, pengurus muda dari Portugal, Andre Villas-Boas.
Biarpun kerusi panas sejak era pemerintahan jutawan Russia, Roman Abramovich sering bertukar ganti namun sasaran, Lampard, 33, tetap sama mahu terus menghadiahkan trofi untuk kelab yang disertai pada 2001.

“Dalam era Abramovich kami menikmati enam atau tujuh tahun penuh gemilang dan ia perkara biasa apabila anda tidak boleh menjadi juara setiap tahun.“Sasaran memang tinggi, namun anda tidak boleh gagal dengan kualiti yang dimiliki. Kami terima hakikat Manchester United berhak menang Liga Perdana musim lalu dan saya tidak fikir ada yang tidak bersetuju Barcelona berhak menang Liga Juara-Juara.“Jadi kami kena ambil iktibar daripada kegagalan itu dan kami mempunyai kualiti dalam pasukan ini untuk berjaya. Adalah penting untuk kami terus fokus.


“Kami mengalami kemerosotan dalam beberapa bulan musim lalu dan anda tidak sepatutnya melakukannya dan kami perlu berwaspada agar ia tidak berulang kembali,” katanya yang membantu Chelsea menjulang trofi Liga Perdana Inggeris pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2009/10.Lampard bersama dengan barisan bintang Chelsea termasuk kapten, John Terry, penyerang Fernando Torres dan Didier Drogba menjalani latihan rasmi di Stadium Nasional Bukit Jalil sambil disaksikan lebih 30,000 peminat setia The Blues.
Anak buah Villas-Boas itu akan turun menentang skuad pilihan Malaysia kendalian Ong Kim Swee sempena Jelajah Asia 2011, esok.Ini kali ketiga Chelsea, naib juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu bertemu skuad negara di mana pada 2003 mereka menang 4-1 dan 2-0 pada 2008.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...