Pengurus Tottenham Hotspur, Harry Redknapp memberi isyarat tetap mahu mengekalkan Luka Modric di White Hart Lane dengan menganggap tawaran
Chelsea sebanyak
22 juta (RM106.6 juta) untuk membeli bintang utamanya itu sebagai “tidak masuk akal”.Pemain tengah Croatia berusia 25 tahun itu berhasrat untuk ke seberang London dan meninggalkan Spurs yang tidak layak beraksi di Liga Juara-Juara musim depan.
Tottenham menolak bidaan
Chelsea dan Redknapp dalam kenyataannya kepada Sky Sports berkata semalam: “Saya terkejut dengan nilai tawaran itu. Ia tawaran yang tidak masuk akal.
“Jika mereka mahu membuat tawaran, buatlah tawaran yang munasabah tapi nilai 22 juta untuk mendapatkan
Luka Modric adalah mengarut.” Namun Redknapp tidak menyatakan berapa jumlah tawaran yang boleh menarik minat Spurs yang hanya layak ke suku akhir Liga Juara-Juara musim lalu sebelum kalah kepada gergasi Sepanyol,
Real Madrid.
“Kami tidak meletakkan sebarang harga buatnya,” katanya. “Dia pemain yang hebat, kami tidak mahu menjualnya. Dia membuktikan kemampuan dirinya sebagai pemain terbaik di Liga Perdana dan saya fikir dia boleh bermain bersama mana-mana pasukan di dunia.“Namun kami tidak mahu kehilangannya. Kami mahu mengekalkan pemain terbaik kami, kami perlu meningkat sebagai satu pasukan, bukan memusnahkannya dengan menjual pemain terbaik.
[metro]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan