29 Julai 2011

Chelsea buat bantahan kat FAM

CHELSEA sudah membuat aduan secara rasmi kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas pemain tengah, Yossi Benayoun dicemuh penonton ketika perlawanan persahabatan pra-musim di negara majoriti Muslim itu. Dalam perlawanan menentang Malaysia XI Khamis lalu, Benayoun menjadi pemain pertama Israel yang beraksi di negara yang menjadi penyokong setia rakyat Palestin dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.


Chelsea berkata ia adalah “pada mulanya tidak jelas dengan penderaan yang diterima Yossi”. Tetapi kelab Liga Perdana Inggeris itu dalam satu kenyataan di laman web berkata: ‘Kami percaya Yossi menjadi subjek anti semitik oleh beberapa penyokong pada perlawanan itu.” Kenyataan itu menambah: “Kunjungan jelajah pra-msuim kami ke Malaysia amat positif tetapi ia dijejaskan oleh sekumpulan penyokong kecil yang akan menjadi memori pahit Chelsea ke sini.” [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...