Santos tidak bercadang menjual penyerang muda Neymar dan mahu mengekalkan pemain itu bersama kelab itu untuk beberapa tahun lagi, kata Presiden Santos, Luis Alvaro de Oliveira Ribeiro, semalam.Neymar yang membantu Santos menjuarai pertandingan kelab Amerika Selatan minggu lalu dan kini bersama pasukan kebangsaan Brazil pada kejohanan Copa America menjadi buruan beberapa kelab besar Eropah, katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan laman web rasmi santosfc.com.
Pemain berbakat berusia 19 tahun itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke kelab hebat antaranya Real Madrid dan Chelsea kerap disoal mengenai masa depannya oleh wartawan yang membuat liputan di kem latihan skuad Copa America Brazil di luar Buenos Aires.“Disebabkan spekulasi mengenai masa depan Neymar semakin hangat dilapor media tempatan dan antarabangsa, saya menegaskan, Santos FC tidak akan menjual Neymar atas alasan apa sekalipun,” katanya.
Neymar kini dilabel sebagai pemain terbaik Brazil dengan imej pemain itu menjadi aset penting dunia pengiklanan serta mempunyai ikatan yang kuat dengan kelab dan disukai peminat Brazil.Santos akan menolak semua tawaran untuk mendapatkan Neymar kerana berhasrat mengekalkan pemain itu bagi tempoh yang lama.[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan