Penyerang Chelsea, Didier Drogba dijangka menandatangani kontrak baru selama setahun yang akan membolehkannya berada di Stamford Bridge hingga 2013.Pemain antarabangsa Ivory Coast itu yang menyertai Blues dari Marseille pada 2004 mendedahkan perbincangan sudah dimulakan mengenai kontrak baru yang akan menyaksikannya kekal di kelab itu hingga dia berusia 35 tahun.
“Kami sudah mula berbincang dan ia amat menarik. Setiap orang tahu apa yang saya rasa mengenai Chelsea dan apa yang saya mahukan,” katanya.“Saya pastinya akan berada di sini musim depan. Saya menyatakannya beberapa tahun lalu bahawa saya akan berada di sini hingga penghujung kontrak saya dan saya ada di sini.
“Kini saya perlu terus bermain baik dan memberikan yang terbaik, seperti yang sering saya lakukan. Ini adalah musim kelapan saya di kelab ini dan ia amat bermakna buat mana-mana penyerang untuk kekal lama di Chelsea.” Buat kali pertama dalam kariernya di Chelsea, Drogba mengakui dia tidak pasti berada dalam kesebelasan utama musim baru ini.Bintang berusia 33 tahun itu bersedia untuk bersaing dengan penyerang bernilai 50 juta (RM242.5 juta), Fernando Torres dalam kesebelasan utama bos baru, Andre Villas-Boas yang dilihat cuba menggunakan penyerang tunggal dalam formasi 4-3-3.
Dengan pemain seperti Nicolas Anelka dan Daniel Sturridge, yang memukau ketika dipinjamkan ke Bolton musim lalu, turut berada dalam skuad, Drogba sedar perebutan bagi peranan penyerang pasti sengit.“Ya, saya fikir kami akan bersaing (merebut satu tempat),” kata Drogba, yang menjadi pemain paling efektif Blues ketika memegang peranan sebagai penyerang tunggal selama tujuh tahun di kelab barat London itu.
“Ia adalah pilihan jurulatih tapi memang perkara sebegini saya tempuhi sepanjang masa di kelab ini.“Ia sama ketika Eidur Gudjohnsen di sini, apabila (Andriy) Shevchenko di sini.“Saya berusia 33 tahun, pemain paling tua dan jika ia berasa agak aneh, saya tidak bimbang.“Jika saya berhak bermain maka saya akan bermain. Jika saya tidak bagus maka saya tidak akan bermain. Bagus buat pasukan kerana ada saingan sebegini.”[metro]
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan