20 Julai 2011

Janji Torres

FERNANDO Torres akhirnya bersedia mempamerkan kenapa dia bernilai ₤50 juta (RM242 juta) selepas percutian pertamanya dalam tempoh lima tahun.Penyerang Chelsea yang menerima bayaran gaji ₤180,000 (RM872,000) seminggu itu amat mengecewakan sejak perpindahan memecah rekodnya dari Liverpool, Januari lalu.Namun pemain antarabangsa Sepanyol itu, kini berada di Malaysia bagi jelajah Asia bermula dengan perlawanan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok, berjanji untuk mempamerkan aksi terbaiknya.





torres
 “Ia adalah empat bulan yang sukar buat saya musim lalu tapi kini saya sudah menyesuaikan diri dan amat gembira.“Ia satu permulaan baru buat saya dan saya berasa semakin cergas dan mantap.


“Selepas lima tahun tanpa rehat saya akhirnya mampu berseronok dengan percutian saya musim panas ini jadi saya lebih gembira selepas rehat dan berada di samping keluarga saya.“Kini saya berasa lebih bagus dan bersedia memulakan musim baru.”

Torres, 27, hanya berjaya menjaringkan satu gol dalam 18 penampilan buat Chelsea musim lalu dan pasukannya menamatkan musim tanpa sebarang trofi sekali gus menyaksikan pengurusnya, Carlo Ancelotti dipecat.Namun dia menjaringkan gol ketika menang pada perlawanan persahabatan menentang Wycombe minggu lalu dan mencipta gol tunggal kemenangan 1-0 ke atas Portsmouth, Ahad lalu, yang disumbat ke jaring sendiri oleh Tal Ben Haim.

Bekas bintang Atletico Madrid itu kini menumpukan usahanya mengelakkan kempen tanpa sebarang trofi musim lalu ketika Blues mengintai kejuaraan di bawah kendalian pengurus baru, Andre Villas Boas. Villas-Boas akan menggunakan dua minggu ini untuk memutuskan pemain mana yang ada masa depan di kelab itu dan siapa yang akan disingkirkan.Beliau membawa bersamanya 29 pemain ke Asia tetapi akan mengecilkan skuadnya kepada 24 pemain sebelum musim baru bermula.

“Saya ada 15 hari dan empat perlawanan di Asia untuk terus menilai pemain dan keputusan perlu dilakukan apabila kami kembali nanti.“Memang jelas kami akan memasuki pasaran perpindahan tapi saya tidak mahu melakukan perubahan radikal selepas hanya 10 hari bersama pada sesi pra musim“Kami tidak mahu membina sebuah skuad dengan pemain yang ramai. Keseimbangan pastinya 24, termasuk tiga penjaga gol.

“Kami sudah mengenal pasti sasaran kami di sekitar Eropah tapi masih terlalu awal dan masih ada banyak masa. Ketika ini kami lebih selesa dengan hanya menilai keseluruhan skuad yang ada,” kata Villas-Boas, yang mengendalikan FC Porto meraih tiga kejuaraan musim lalu, liga, Piala Portugal dan Liga Europa.Selain Malaysia, Chelsea akan menentang Pilihan Thailand di Bangkok Ahad ini diikuti pertandingan Trofi Asia Barclays di Hong Kong, menentang Kitchee pada 27 Julai sebelum bertemu sama ada Aston Villa atau Blackburn Rovers pada perlawanan berikutnya (30 Julai).

Perlawanan ini dibawakan oleh Samsung, pendahulu pasaran global dalam pengeluaran barangan elektronik berkualiti tinggi dan media digital.Menerusi inovasi, produk dan perkhidmatan yang boleh dipercayai, satu pendekatan bertanggungjawab terhadap perniagaan serta kerjasama dengan rakan dan pelanggan, Samsung mendorong ke arah dunia baru penuh imaginasi.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...