Manchester City sekali lagi dijangka melaburkan wang yang banyak untuk memburu kejuaraan tetapi Chelsea masih belum berjaya mengikat mana-mana nama besar sekalipun hanya dikaitkan dengan pemain Tottenham, Luka Modric.Namun ketika permulaan musim tinggal dua minggu saja lagi, Villas-Boas tetap tenang dengan situasi itu.
“Anda perlu mengambil kira enam tahun jumlah trofi dimenangi di kelab ini dan perubahan dramatik dialami kelab dalam tempoh lapan tahun terakhir, ia satu perubahan dramatik yang membawa kejayaan,” katanya.“Ia tidak bermakna kami tidak mahu memperkuatkan skuad atau membawa masuk pemain, ia hanya bermakna satu pendekatan berbeza dengan pasaran perpindahan. Kami masih ada 15 hari atau lebih sebelum bertemu Stoke dan 31 hari sebelum pasaran tutup.
“Pemain tidak dinilai kerana kejayaan peribadi, ia hanya bermakna kami perlu menilai sektor yang mungkin kami perlu mantapkan dan cuba melakukannya secara wajar dan teratur.“Kerana itu kami amat gembira dan pada Ogos saya fikir kami akan membuat keputusan yang diperlukan untuk bersedia bagi hari pertama musim.”[sumber]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan