Chelsea bersedia menjual penyerang bernilai 50 juta (RM246 juta),  Fernando Torres  yang gagal menyerlah ketika pasaran perpindahan pemain  bulan depan.Penyerang yang menerima gaji 150,000 (RM740,000) seminggu itu hanya  menjaringkan tiga gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak berpindah  ke Stamford Bridge dari Liverpool pada 31 Januari lalu.
Chelsea mempertimbangkan untuk meminjamkan Torres ke kelab lain bagi memulihkan semula keyakinan pemain itu namun kini mahu menjualnya.Kelab itu akan menanggung kerugian dengan penjualan pemain termahal dalam sejarah bola sepak Inggeris itu namun mereka sudah tidak sanggup menunggu peluang lain.
Mereka sedia berunding dengan mana-mana kelab yang mahu menawarkan 20 juta (RM98.7 juta) dan membayar gaji tinggi bulan depan.Apabila Andre Villas-Boas menjadi pengurus Chelsea musim panas lalu, beliau yakin Torres akan kembali menemui sentuhannya semula sebagai penyerang paling digeruni di dunia.
Pengurus itu berharap, kemasukan pemain baru, Juan Mata dari Valencia  akan meningkatkan permainan Torres namun ternyata usaha itu tidak  berhasil.Chelsea cukup bersabar dengan prestasi pemain  berusia 27 tahun itu namun pengurusan kelab itu sudah menjelajah ke  Eropah untuk mencari kelab gergasi yang sudi membeli Torres, bulan  depan.
Pemain yang menjuarai Piala Dunia itu dihimpit kemerosotan prestasi  sejak berpindah ke Bridge dan kini berada di belakang Didier Drogba dan  Daniel Sturridge dalam senarai penyerang utama.Malah dia juga  sekadar memanaskan bangku pemain simpanan dalam perlawanan menentang  Manchester City, Isnin lalu dan hanya meraikan sepakan penalti  kemenangan Frank Lampard bersama staf pasukan.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1 Pengulas Sukan:
It's very straightforward to find out any topic on web as compared to books, as I found this piece of writing at this web site.
Here is my homepage: hudgins
Catat Ulasan