Jurulatih Chelsea, Andre Villas-Boas mempertahankan bahawa keyakinan  pasukannya tidak tergugat selepas sekadar mencatat keputusan 1-1  menentang Wigan, kelmarin.Blues memiliki peluang untuk merapatkan jurang empat mata  dengan peneraju liga, Manchester City di DW Stadium setelah mendahului  menerusi jaringan Daniel Sturridge.
Namun ledakan gol penyamaan Jordi Gomez ketika permainan berbaki tiga minit memusnahkan harapan tersebut.Chelsea, yang menewaskan City 2-1, Selasa lalu mempersia-siakan  peluang untuk mencatat kemenangan buat kali keempat berturut-turut buat  pertama kali sejak di bawah pengendalian Villas-Boas.Kelab Stamford Bridge itu menerima kritikan hebat ekoran prestasi  hambar sejak pengurus dari Portugal itu tiba pada musim panas lepas.
Namun, jurulatih tersebut menegaskan peluang keemasan yang terlepas  kelmarin tidak merencat semangat kelabnya menjelang kunjungan mereka ke  White Hart Lane bagi menghadapi Tottenham, Jumaat ini.
"Kami bolos ketika perlawanan hampir tamat. Memang amat mengecewakan  dan ia turut menyekat kami untuk mengutip tiga mata penuh seperti mana  yang diharapkan.
"Agak malang kerana para pemain telah bekerja keras untuk mendapatkan tiga mata."Namun keyakinan pasukan tidak terjejas. Saya tidak fikir sikap  positif yang kami pupuk telah terpadam. Wigan merupakan pasukan yang  berbeza setelah berjaya mengekalkan momentum," katanya.
Usaha Sturridge membolehkan pemain itu mengumpul sembilan gol setakat  ini dan dia menjaringkan empat gol dalam lima perlawanan terakhir  Chelsea.Namun Villas-Boas menegaskan bekas penyerang Manchester City itu yang  berjaya menempatkan dirinya dalam skuad England, tidak memikul harapan  pasukan dibahunya.Villas Boas menambah: "Dia bermain dengan baik dan semua pemain juga telah beraksi dengan bagus.
"Kami kini berjaya mendapatkan keyakinan semula. Ia tidak menjejaskan  kami, tetapi ia sesuatu yang malang kerana gagal mengutip tiga mata  kerana ia mungkin mampu mengubah perspektif terhadap kedudukan kami  dalam carta liga.
 "Kami perlu menunggu jadual perlawanan Disember dan mendapatkan mata  sebanyak mungkin. Kami bakal mengharungi perlawanan sukar menentang  Tottenham dan ia menjadi satu pertemuan menarik yang mana kedua-dua  pasukan berada di kedudukan yang sangat hampir dengan dua kelab  teratas."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan