20 Disember 2011

Cech akui kesilapan

Peter Cech mengakui dia sepatutnya berupaya mengelak gawangnya daripada dibolosi yang menyebabkan Chelsea dinafikan tiga mata di Wigan, Sabtu lalu.Penjaga gol skuad Blues itu gagal menangkap kemas cubaan yang sepatutnya mudah daripada Hugo Rodallega pada minit ke-88, sekaligus membenarkan Jordi Gomez untuk menolak masuk dan mencuri satu mata di Stadium DW.


"Pada saat cubaan itu dilakukan, saya langsung tidak dapat melihat bola itu."Salah seorang rakan sepasukan berlari di depan saya sehingga mengganggu pengamatan saya.

"Saya tersasar daripada menangkap bola dan ia melantun. Agak malang, namun saya perlu menerima kesilapan saya."Keputusan ini secara tidak langsung menidakkan kemenangan kami ke atas Manchester City tempoh hari," kata Cech.

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...