21 Disember 2011

Harapan terakhir Torres

FERNANDO Torres mempunyai peluang terakhir untuk menyelamatkan kariernya di Chelsea bulan depan.Didier Drogba dan Salomon Kalou akan menyertai skuad negara mereka, Ivory Coast dalam Piala Negara-Negara Afrika, sekurang-kurangnya empat minggu. 

Ini bermakna pemain yang dibeli pada harga 50 juta (RM247.5 juta) yang gagal mencapai prestasinya sejak meninggalkan Liverpool Januari lalu, bakal berpeluang untuk terus menyertai kesebelasan utama Chelsea dan memikat hati pengurus, Andre Villas-Boas.

Torres hanya menyumbang tiga gol sepanjang 11 bulan bersama Chelsea. Dia tidak lagi menjadi pilihan biarpun dengan harga rekod tertinggi Britain, malah mungkin tidak berpeluang menyertai Euro 2012. 

Pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque memilih David Villa. Begitupun bintang Barcelona tidak akan beraksi sehingga akhir musim selepas tulang kering kaki kirinya patah pada Piala Kelab Dunia. 

 Torres berdepan saingan sengit memburu tempat dalam skuad Sepanyol daripada pemain Seville, Alvaro Negredo; bintang Athletic Bilbao, Fernando Llorente dan penyerang Valencia, Roberto Soldado.

Begitupun peluang lebih banyak bersama Chelsea mungkin membawa tuah kepada Torres jika dia berjaya menemui kembali sentuhannya seperti pada musim terawal bersama Liverpool.

Biarpun bintang bawah-21 England, Daniel Sturridge mempamer aksi mengagumkan musim ini, pengurus Chelsea, Villas-Boas dijangka memberi peluang kepada Torres apatah lagi selepas Nicolas Anelka menyertai Shanghai FC. [sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...