Penjaga gol Chelsea, Petr Cech memberi amaran kepada rakan sepasukan  supaya tidak berpuas hati ketika mereka bersiap sedia untuk berdepan  pasukan yang mengalami kejutan Fulham pada pertembungan derby, hari ini.Skuad Blues mungkin tiada masalah apabila berdepan Cottagers,  yang mengalami kekalahan besar di laman sendiri 0-5 kepada Manchester  United minggu lalu.
Begitupun Cech menyeru rakan sepasukan supaya tidak mempedulikan  masalah yang dihadapi Fulham ketika skuad Andre Villas-Boas memburu tiga  mata dalam usaha untuk terus mengekori pendahulu liga.
"Kita tidak boleh terlalu melihat kepada kedudukan liga, kami perlu  terus mara langkah demi langkah, cuba memenangi perlawanan dan cuba  untuk meraih sebanyak mata yang terdaya.
"Kedudukan kami juga bergantung kepada lain-lain pasukan, jadi  terpulang kepada mereka untuk melakukannya namun kami harus terus  memenangi perlawanan kami.
"Berdepan Fulham akan menjadi perlawanan yang sukar, kerana mereka kalah 0-5 pada perlawanan terakhir di padang sendiri.
"Ia pertembungan derby London yang penting dan mereka akan  bangkit. Jadi Chelsea mempunyai semangat selepas kejayaan Manchester  United, namun kami berada dalam keadaan di mana kami perlu menang," kata  Cech.[sumber]
Arulchelsea: Jangan lupa malam ni pukul 8.30 malam di astro chelsea menentang fulham..
Arulchelsea: Jangan lupa malam ni pukul 8.30 malam di astro chelsea menentang fulham..
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan