Chelsea menolak cadangan supaya pemain memakai baju-T dengan gambar  John Terry, sebagai tanda menyokong ketua pasukan mereka yang berdepan  tuduhan menghina perkauman ke atas pemain pertahanan QPR, Anton  Ferdinand.Beberapa pemain dan kakitangan skuad Blues mengetengahkan usul supaya mereka memakai baju-T sebagai tanda sokongan terhadap ketua pasukan mereka itu.
Liverpool dikritik selepas pemain mereka memakai baju-T sebagai  menyokong Luis Suarez ketika memanas badan sebelum perlawanan Liga  Perdana Inggeris di Wigan.
Suarez digantung lapan perlawanan kerana bersalah atas tuduhan menghina perkauman terhadap Patrice Evra.
Chelsea, yang menyokong penuh Terry dalam usaha membersihkan namanya,  tidak mahu mengambil risiko dilihat sebagai tindakan provokatif atau  lain-lain tafsiran, yang boleh mencetuskan tindakan mahkamah menjelang  kes Terry didengar di mahkamah Majistret Barat London 1 Februari ini.
Jurucakap kelab itu berkata: "Idea tersebut (memakai baju-T tanda menyokong Terry) dibincangkan sesama pemain dan kakitangan."Kelab ini menyokong penuh John namun tidak fikir dengan memakai  baju-T sebagai tanda menyokong John sebagai tindakan yang tepat atau  membantu kami menunjukkan sokongan terhadap beliau."[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan