FERNANDO Torres akhirnya menemui sentuhan emas apabila meledak gol pertama buat dirinya selepas ketandusan jaringan sepanjang 901 minit beraksi bersama Chelsea. Awal pagi semalam, gol dicari-cari penyerang termahal dengan bayaran perpindahan RM248 juta itu, menjelma ketika dia membantu The Blues melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
“Ini bukan permulaan diharapkan apabila berhijrah ke Stamford Bridge, tetapi ia bukan mudah untuk dilalui sepanjang berada di sini sejak Januari lalu.
“Kerja keras selama ini berhasil. Tanpa bantuan rakan mustahil saya dapat menjaringkan gol.
"Bagaimanapun, jaringan semalam sedikit sebanyak mengurangkan tekanan dan saya gembira,” katanya.
Sejak melalui 10 perlawanan EPL dan empat pertemuan dalam saingan Liga Juara-juara bersama The Blues, Torres diletakkan di bangku simpanan semalam membuktikan dirinya masih berbisa apabila merobek gawang lawan sebaik dimasukkan lapan minit kemudian.
Pada pertemuan semalam, Chelsea membuka jaringan pertama menerusi Frank Lampard pada minit ke-44, sebelum Torres menamatkan kemaraunya pada minit ke-84 dan Florent Malouda menjaringkan gol selang enam minit kemudian.
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
Official : Selamat datang Cuadrado
-
Statement dari website chelseafc
Chelsea Football Club is delighted to announce the signing of Juan Cuadrado
from Fiorentina.
The 26-year-old has joined...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan