20 April 2011

Lampard tetap realistik



LAMPARD tidak mahu Chelsea keciciran mata pada aksi Liga Perdana England menentang Birmingham di Stamford Bridge awal pagi esok.


LONDON - Pemain tengah Chelsea, Frank Lampard mahu bersikap lebih realistik pada aksi Liga Perdana England menentang Birmingham di Stamford Bridge awal pagi esok.
Pada pertemuan tersebut, skuad The Blues perlu mengutip tiga mata penuh bagi memastikan pasukan itu menamatkan saingan lima musim ini selaku naib juara.

Setelah kecewa disingkirkan oleh Manchester United pada suku akhir Liga Juara- Juara minggu lalu, skuad bimbingan Carlo Ancelotti itu bangkit menewaskan West Brom 3-1 pada Sabtu lalu.
Kini, Chelsea menduduki tangga ketiga dengan kurang dua mata berbanding pasukan di tangga kedua, Arsenal yang tercicir mata setelah seri 1-1 dengan Liverpool pada Ahad lalu.
Begitupun, Lampard yakin apa pun masih boleh berlaku lebih-lebih lagi apabila Chelsea bakal bertemu United di Old Trafford.
"Saya tidak mahu kata yang United tidak mampu lagi dikejar tetapi ia memang sesuatu yang sukar.
"Kami perlu menang perlawanan kami dan berharap mereka tewas beberapa perlawanan," kata Lampard.
Sementara itu, seorang lagi pemain Chelsea, Salomon Kalou meletakkan sasaran yang lebih realistik.
"Ketentuan kini bukan di tangan kami. Jika United beraksi baik dan menang kesemua perlawanan, kami hanya perlu terus memenangi baki perlawanan kami dan mencari kedudukan terbaik yang mampu.
"Kami mahu menamatkan saingan di kedudukan tiga teratas kerana ia sesuatu yang penting," kata Kalou.
Tahap keyakinan Chelsea kini hadir tepat pada masanya selepas Ancelotti hanya meletakkan Fernando Torres di bangku simpanan dalam aksi Sabtu lalu dan kembali dengan formasi 4-3-3 yang membawa mereka menjuarai dua trofi musim lalu.
Didier Drogba kembali menampilkan aksi cemerlangnya dengan menyumbang satu gol ketika mene- waskan West Brom tatkala Torres masih gagal memecah kebuntuan biarpun dimasukkan pada lapan minit terakhir. [kosmo]-

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...