25 April 2011

Torres masih belum selamat


LONDON - Satu gol yang dijaringkan Fernando Torres ketika membantu Chelsea menewaskan West Ham United 3-0 awal pagi semalam, masih belum mampu menjamin tempat penyerang Sepanyol itu dalam kesebelasan utama skuad The Blues.

Pada aksi Liga Perdana England yang berlangsung di Stamford Bridge itu, Tor- res yang dimasukkan sebagai pemain gantian, meledak gol pada minit ke-84.
Gol tersebut sekali gus menamatkan kemarau jaringan yang melanda pemain berusia 27 tahun itu dalam 14 perlawa- nan sebelum ini sejak dia dibawa masuk dari Liverpool pada Januari lalu.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti mengakui yang beliau lega dengan jari- ngan yang dilakukan Torres itu dan percaya ia bakal menjadi suntikan semangat buat pemain tersebut bagi meneruskan kariernya bersama The Blues.
Namun, dengan Drogba dilihat menjadi pilihan pertama Ancelotti selaku penggempur utama dalam tiga perlawa- nan terakhir sebelum ini, pengurus kelahiran Itali itu masih belum membuat keputusan sama ada mahu menggandingkan kedua-dua pemain tersebut pada pertemuan menentang Tottenham Hotspur minggu depan.
Ini kerana, gandingan Torres dan Drogba sebelum ini dilihat masih gagal memberikan impak yang berkesan.
"Namun, berdasarkan prestasi semasa Drogba dan jaringan yang dilaku- kan Torres, kami perlu cuba untuk se- kali lagi menggandingkan mereka," jelas Ancelotti.[kosmo]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...