30 April 2011

Gandingan mantap Drogba-Torres

LONDON - Carlo Ancelotti bersedia untuk menggandingkan Didier Drogba dan Fernando Torres sehingga tamat Liga Perdana musim ini dalam usaha untuk mendapatkan kejuaraan.

Pengurus skuad Blues terdesak untuk menggandingkan penyerang yang bernilai 50 juta pound (RM247 juta), Torres bersama Drogba, selepas Chelsea terkeluar daripada saingan Liga Juara-Juara setelah tewas kepada Manchester United.

Malah keyakinan Ancelotti terhadap Torres juga semakin tinggi apabila penyerang dari Sepanyol itu menjaringkan gol pertamanya minggu lalu ketika menewaskan West Ham United.
"Pada firasat saya, apabila anda mempunyai pemain yang bagus, anda perlu mencubanya dengan meletakkan mereka bersama.
"Jika pemain mempunyai kemahiran dan kebolehan, sudah tentu mereka boleh bersama.
"Mungkin sewaktu digandingkan mereka perlu mengorbankan sedikit kebolehan yang ada dan seandainya mereka serasi, sudah tentu pasukan ini dapat memperoleh keputusan yang lebih baik.
"Kami akan cuba minggu ini untuk menggandingkan mereka dan kita tidak akan terkejut jika mereka bermula pada Sabtu (hari ini) bersama,'' kata Ancelotti.
Chelsea perlu menundukkan Spurs untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga, Manchester United yang ketika ini mempunyai kelebihan enam mata daripada pasukan tangga kedua, Blues dengan 67 mata.
Ancelotti, yang akan ke Old Trafford pada 8 Mei untuk menentang United, melihat peluangnya untuk mendapatkan kejuaraan cerah jika berupaya memperoleh kemenangan dalam baki tiga perlawanan.
"Kami mahu mendapatkan kemenangan Liga Perdana pada saat akhir, kami mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk memperolehnya.
"Memang jelas kami perlu menewaskan Manchester United dan Tottenham kerana itu adalah sasaran kami.
"Mungkin Manchester United memenangi kejuaraan ini namun kami tetap mahu melawan mereka pada saat-saat akhir,'' kata Ancelotti. -[utusan]
 

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...