KALOU (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan.
LONDON: Chelsea bangkit daripada kekecewaan tersingkir daripada saingan Eropah dengan kemenangan 3-1 ke atas West Bromwich Albion kelmarin, untuk meningkatkan moral.
Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti - yang Jumaat lalu mengakui dia mungkin berdepan pemecatan pada hujung musim jika skuad itu gagal memenangi sebarang trofi - mungkin bimbang terhadap perkara paling buruk selepas Peter Odemwingie meletakkan Baggies di depan pada minit ke-17.
Namun Chelsea, yang meletakkan pemain termahalnya, Fernando Torres di bangku simpanan, memberi tindak balas berkesan, menjaringkan tiga gol menerusi Didier Drogba, Salomon Kalou dan Frank Lampard untuk mendahului 3-1 pada separuh masa.
“Kami kuat dan mantap,” jelasnya. “Kami ada baki enam perlawanan lagi dan kami mahu melakukan yang sama seperti perlawanan ini.”
Mengenai Torres yang berterusan kemarau jaringan sejak perpindahannya yang bernilai £50 juta (RM246.8 juta) dari Liverpool, Ancelotti menjelaskan: “Kita perlu bersabar. Dia masuk cuma 15 minit dan tidak bernasib baik satu jaringannya dibatalkan kerana ofsaid. Kita perlu ada keyakinan (terhadapnya).”[berita]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan