29 April 2011

ancelotti bimbang pemain cedera



ANCELOTTI (kanan) bergelut dengan masalah kecederaan pemain menjelang aksi bertemu Tottenham malam esok.


LONDON - Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti berada dalam dilema menjelang aksi menentang Tottenham Hotspur dalam saingan Liga Perdana England malam esok.
Ini kerana, Ancelotti berdepan masalah dalam pemilihan barisan pemain untuk mengemudi jentera tengah skuad The Blues ekoran masalah kecederaan yang melanda beberapa tonggak utama.

Meskipun bintang Brazil, Ramires masih belum menjalani latihan selepas mengalami kecederaan hamstring sejak dua minggu lalu, Ancelotti berharap pemain itu akan kembali pulih sepenuhnya untuk diturunkan pada aksi dengan Spurs ini.
Memburukkan lagi keadaan, seorang lagi perancang Chelsea, Michael Essien turut mengikut jejak langkah Ramires apabila mengalami kecederaan lutut ketika membantu skuad The Blues menewaskan West Ham United 3-0, Sabtu lalu.
Kini, Ancelotti tidak mempunyai pilihan selain menurunkan Yossi Benayoun dalam kesebelasan utama selepas tujuh bulan pemain itu sekadar memanaskan bangku simpanan.
Sementara itu, tonggak pertahanan Chelsea, Alex juga terpaksa diketepikan untuk tempoh tiga minggu selepas mengalami kecederaan hamstring.
Begitupun, tonggak pertahanan England, Ashley Cole dilaporkan telah kembali cergas dan akan disenaraikan dalam kesebelasan utama selepas diketepikan minggu lalu.[kosmo]


*bahaya..apa pun kena menang dalam pertemuan dengan tottenham sabtu ni... 

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...