RAMIRES menyatakan sokongan penuhnya terhadap jurulatih Chelsea, Carlo Ancelotti yang berdepan
tekanan ketika ini.
Masa depan pengurus Itali di Stamford Bridge semakin samar selepas Blues tersingkir daripada Liga Juara-Juara
.Pasukannya tewas kepada Manchester United, Selasa lalu biarpun berbelanja sebanyak STG75 juta (RM369.7 juta), Januari lalu.
Sejumlah STG50 juta (RM246.4 juta) daripadanya dibelanjakan untuk membeli Fernando Torres, yang masih belum menghasilkan jaringan dengan menyarung jersi Chelsea.
Pemain tengah Brazil, Ramires dibawa masuk musim panas lalu dengan bayaran STG20m (RM98.5 juta) dan berjaya menempatkan dirinya dalam pasukan itu.
Malah dia memuji pengaruh Ancelotti ketika berada di England.
“Sejak saya tiba, Carlo Ancelotti memberikan keyakinan terhadap apa yang saya lakukan.
“Beliau memberi masa untuk menyesuaikan diri pada mulanya, meraih keyakinan diri dan mendengar pujian jurulatih cukup menggembirakan saya.
“Saya sentiasa cuba memberikan yang terbaik di padang dan apabila saya tunjukkan kemampuan, seronok dapat mendengar komen positif,” katanya.
Ramires dibuang padang ketika menentang United apabila pasukannya tewas 2-1 di perlawanan kedua suku akhir di Old Trafford.
Bagaimanapun dia berpuas hati dengan pencapaiannya sepanjang musim pertama dalam Liga Juara-Juara.
“Sejak tiba di sini, saya mahu membantu Chelsea. Saya gembira dengan peningkatan dan menjadi semakin matang.
“Semua itu adalah hasil kerjasama rakan sepasukan dan kakitangan kelab yang mengalu-alukan ketibaan saya dan memberi sokongan.
“Lebih daripada itu, saya masih berpijak di bumi nyata dan perlu banyak memperbaiki diri tetapi banyak yang boleh dilakukan pada masa depan.
“Adalah penting buat Chelsea terus bersaing bagi membanggakan penyokong dan memberikan kejayaan yang diingini kelab,” katanya.
Ramires percaya kekalahan Chelsea pada perlawanan pertama kepada United membawa padah apabila mereka tersingkir dari Eropah.
“Saya sedar keadaan akan menjadi sukar tetapi tiada siapa menjangkakan kekalahan pertama itu.
“Ia bermakna perlawanan di Old Trafford tentunya hebat tetapi kami mempunyai kualiti untuk berada di sana dan mencapai keputusan.
“Saingan Liga Juara-Juara adalah pentas yang berbeza,” katanya.
Darah jadi putih kerana makan daging?
-
Seorang lelaki yang makan terlalu banyak daging terkejut selepas
mendapati plasma darahnya bertukar menjadi putih.
Lelaki itu yang dikenali sebagai Zhao,...
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan