Skuad kendalian Ancelotti yang akan bertandang ke Old Trafford bagi perlawanan suku akhir kedua, ketinggalan menerusi agregat 1-0 selepas Wayne Rooney menjaringkan gol pada aksi pertama di Stamford Bridge.
Chelsea kembali ke landasan kemenangan selepas menewaskan Wigan, 1-0 di laman sendiri namun the Blues sekali lagi beraksi di bawah kemampuan sebenar.
Pengurus Chelsea, Ancelotti mengakui, jika anak buahnya mengulangi persembahan seperti itu, ia pasti mengundang padah apabila bertemu skuad Sir Alex Ferguson.
“Ia keputusan yang positif. Kemenangan ini bukan mudah. Permainan kami pada babak pertama tidak bagus tapi kami memperbaiki pada babak kedua dengan lebih bersemangat namun paling penting kami berjaya mencapai kemenangan.
“Kami perlu beraksi lebih baik dan untuk menang di sana kami perlu beraksi dengan kemampuan 100 peratus,” kata Ancelotti.
Ancelotti dan barisan pemainnya boleh menyandarkan kepada rekod baik di Old Trafford musim lalu apabila mencatat kemenangan yang membolehkan mereka mengetepikan United daripada perubatan kejuaraan”.[metro]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan