Redknapp dilaporkan memberitahu pengerusi kelab, Daniel Levy bahawa tidak mustahil Tottenham mencabar kejuaraan Liga Perdana musim depan jika membawa membeli penyerang, pemain tengah dan pertahanan yang bagus.
“Anda mesti kekalkan pemain terbaik yang anda ada, menambah lagi kualiti pasukan kerana saingan lebih mencabar setiap tahun,” kata Redknapp.
“Mengapa Tottenham tidak boleh menang liga? Ia bukannya mustahil. Jika kami mahu kekalkan kedudukan ketika ini, kami perlu memperkuatkan lagi pasukan.” Tottenham terdesak membeli penyerang baru pada Januari lalu tapi gagal dalam bidaan membeli dua penyerang, Sergio Aguero dan Giuseppe Rossi dengan nilai 30 juta (RM148 juta).
Turut difahamkan bahawa Spurs juga cuba mendapatkan Diego Forlan, Emmanuel Adebayor, Andy Caroll, Fernando Llorente, Alvaro Negredo dan Luis Fabiano.
Redknapp dikatakan mahu menambah tonggak berpengalaman dan sedang merisik kemungkinan untuk mendapatkan penyerang Chelsea, Didier Drogba.
Beliau mahu memadankan penyerang baru dengan barisan sedia ada seperti Peter Crouch, Roman Pavlyuchenko dan Jermain Defoe yang hanya menjaringkan 13 gol sepanjang musim.
Biarpun menghidap wabak malaria, Drogba masih mampu menghasilkan 13 gol buat Chelsea dan muncul penjaring terbanyak Liga Perdana musim lalu dengan 29 gol. -[metro]
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan