Roberto Di Matteo yakin Fernando Torres akan membuktikan bahawa  pelaburan Chelsea sebanyak £50 juta (RM244 juta) bagi mendapatkan  khidmatnya berbaloi pada saingan musim ini.
Pengurus skuad The Blues itu berkata, peluang Torres untuk  membuktikan kualiti yang dimilikinya lebih terbuka selepas ketiadaan  Didier Drogba yang telah berhijrah ke China.
Penyerang Sepanyol itu bergelut dengan prestasi tidak menentu sejak  dia dibawa masuk dari Liverpool pada Januari 2011 kerana sering kali  dibayangi kehebatan Drogba.
Situasi itu menyebabkan Torres sering kali memanaskan bangku simpanan.Bagaimanapun, Torres kini sudah mendapat suntikan semangat selepas  merangkul kejuaraan Liga Juara-Juara bersama Chelsea selain anugerah  Kasut Emas ketika membantu Sepanyol bergelar juara pada kempen Euro  2012.
"Saya sangat gembira dengan prestasi Torres pada penghujung saingan musim lalu."Dia menjadi seorang penyerang yang menakjubkan dan diharapkan ia  akan kekal bagi membuktikan kualiti sebenarnya bersama kami (Chelsea).
"Torres telah memenangi banyak gelaran juara musim lalu. Jadi, sudah pasti ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinannya.
"Apa yang saya lihat, dia berada dalam keadaan terbaik ketika sesi  latihan. Dia telah menjaringkan beberapa gol penting buat kami dalam  saingan musim lalu.
"Tanda harga yang diletakkan ke atas dirinya adalah disebabkan aksi  cemerlangnya sepanjang beraksi bersama Liverpool dan Sepanyol. Jadi,  kami yakin dia mampu mengulanginya," kata Di Matteo.
Para penyokong skuad The Blues mengharapkan penyerang baharu, Edin Hazard dapat membantu Torres membuktikan ketajaman sentuhan penyudahnya.
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich sanggup membayar £32 juta (RM156  juta) bagi membawa masuk bintang muda Belgium itu ke Stamford Bridge.
"Hazard merupakan seorang pemain yang baik tetapi jangan lupa bahawa dia masih muda."Malah, dia masih baharu dalam saingan Liga Perdana England. Ketika  sesi latihan, dia sudah mula mempamerkan kualitinya yang sebenar dan ia  membuatkan kami teruja," jelas Di Matteo.[sumber]
ArulchelseA: dia sudah pun membuktikan masa lawan man.city tadi..
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan