Chelsea memadam kekecewaan tewas kepada Manchester City pada aksi  Perisai Komuniti baru-baru ini, apabila membuka tirai kempen saingan  Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan 2-0 ke atas Wigan  Athletics di  Stadium The DW, hari ini.
    Keazaman The Blues menebus kekalahan kepada The Citizens terserlah  apabila mula menguji benteng pertahanan The Latics seawal minit pertama,  namun kecekapan penjaga gol The Latics, Ali Al Habsi menjadi penghalang  utama.
    Akhirnya gawang anak buah Roberto Martinez bolos juga menerusi jaringan pertahanan Chelsea, Branislav  Ivanovic  pada minit kedua hasil serangan mengejut Chelsea selepas menyudahkan  hantran pemain tengah dari Belgium, Eden Hazard untuk menewaskan Al  Habsi.
    Gol itu nyata memberi semangat kepada anak buah Roberto de Matteo  yang kemudiaannya terus menggandakan asakan hingga memaksa pertahanan  Wigan, Ivan Ramis melakukan kekasaran terhadap Hazard.
    Hasilnya Chelsea dianugerahkan sepakan penalti yang kemudiaannya  disempurnakan pemain tengah, Frank Lampard pada minit ketujuh untuk  memastikan tiga mata penuh milik kelab berpangkalan di Stadium Stamford  Brigde memulakan saingan EPL 2012/2013 dengan kemenangan pertama musim  ini.[sumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan