Chelsea tidak sewenang-wenang meletakkan  harga terlalu rendah kepada mana-mana kelab yang mahukan khidmat  penyerang Daniel Sturridge apabila mengenakan £25 juta (RM123 juta)  nilai perpindahan.
Sturridge yang kini menjadi buruan Liverpool dan Tottenham terpaksa  bergelut untuk berada dalam sebelasan utama Roberto Di Matteo apabila  jurulatih itu menggantikan posisi Studge dengan Eden Hazard dan Oscar.
Kehadirannya bagaikan tidak diendahkan, apabila Di Matteo turut menolak  keinginan penyerang England berusia 22 tahun itu yang mahu bermain  diposisi tengah dan lebih berminat meletakkan Fernando Torres berbanding  pemain lain.[suumber]
 

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
0 Pengulas Sukan:
Catat Ulasan