8 Ogos 2012

Chelsea hampir ikat Moses

Chelsea semakin hampir berjaya mendapatkan khidmat penyerang Wigan Athletic, Victor Moses.


Ketua eksekutif Blues, Ron Gourlay berkata, beliau sudah menghubungi pengerusi Latics, Dave Whelan kelmarin untuk membincangkan bidaan baru terhadap Moses.

Tawaran Chelsea untuk Moses sudah ditolak sebelum ini dengan Whelan dilaporkan mahu tawaran sekurang-kurangnya 8.5 juta (RM41.2 juta).

“Saya sudah berbincang dengan ketua eksekutif Chelsea dan mereka senang untuk mengadakan perjanjian.“Kami sudah memberitahu harga dan mereka akan kembali sama ada setuju atau sebaliknya.

“Kami mengharapkan pemain itu menandatangani kontrak baru dan kekal namun dia mahu ke Chelsea dan adalah bagus untuk kelab tidak menghalang kemahuannya.” 

Chelsea turut dikaitkan untuk mengemukakan bidaan baru terhadap pemain Bayer Leverkusen, Andre Schurrle selepas sudah berbelanja hampir 70 juta (RM339.6 juta) dalam beberapa bulan ini.[sumber]

0 Pengulas Sukan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...